Tsubasa Chronicle Tsubasa:_Reservoir_Chronicle

Tsubasa Chronicle (ツバサ・クロニクル, Tsubasa Kuronikuru), juga dikenali sebagai Chronicle of the Wings, merupakan suatu adaptasi siri anime Jepun dari Tsubasa: Reservoir Chronicle, dianimasikan oleh Bee Train dan diarahkan oleh Koichi Mashimo. Siri pertama ditayangkan pada malam Sabtu di NHK dari 9 April 2005 sehingga 15 Oktober2005. Siri kedua bermula pada 29 April 2006 dan tamat pada 4 November 2006. Siri ini ditayangkan oleh jaringan televisyen anime, Animax, merentasi jaringannya di Asia Tenggara dan Amerika Selatan dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, dan bahasa-bahasa lain.

Satu filem, Tsubasa Chronicle the Movie: The Princess of the Country of Birdcages (劇場版 ツバサ・クロニクル 鳥カゴの国の姫君, Gekijōban Tsubasa Kuronikuru Torikago no Kuni no Himekimi), ditayangkan di pawagam Jepun pada 20 Ogos 2005 bersamaan dengan ×××HOLiC the Movie: A Midsummer Night's Dream (劇場版 ×××HOLiC 真夏ノ夜ノ夢, Gekijōban Horikku Manatsu no Yoru no Yume). DVD filem tersebut dikeluarkan pada 25 Februari 2006. Filem tersebut turut berjalin dengan XXXHOLiC movie.